Promosi Lesen Memandu

Followers

Saturday 2 February 2013

Jangan menfitnah ADC Driving Institute!


Pihak ADC Driving Institute (Cawangan Inanam) sangat terkilan atas tindakan 1 Suara Sabah yang merupakan satu page dalam Facebook kerana telah memberikan  satu gambaran yang negatif terhadap pihak ADC. Satu kenyataan yang tidak disusuli dengan siasatan rapi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada orang ramai (pengunjung fb 1 suara sabah) bahawa ADC Driving Institute akan menaikkan harga kos memandu. Sila baca kenyataan admin tersebut dibawah.


"Disini saya ingin sampaikan satu berita angin yang sedang hangat diperkatakan di institut memandu di Sabah. Bermula pada bulan lima ini, Mei 2012, semua institut memandu akan melaksanakan kadar kos pembelajaran baru yang mana harga standard RM1300 akan melonjak naik kepada RM2500."

Daripada petikan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa ia merupakan satu perkongsian dan bukan berunsur ugutan negatif. RM1300 merupakan harga standard untuk semua Institut Memandu di Sabah. Jikalau dibandingkan dengan harga kos memandu di Malaya sememangnya mahal. Lihat sahaja harga barangan yang ada di Sabah. Pihak ADC Driving Institute (Cawangan Inanam) hanya menyampaikan berita khabar angin dan mensyorkan untuk mengambil lesen di tempat ADC Driving Institute (Cawangan Inanam) kerana pada masa yang sama ADC Driving Institute (Cawangan Inanam) sedanng mengadakan pakej istimewa untuk membantu mereka yang belum memiliki lesen. ADC Driving Institute (Cawangan Inanam) tidak pernah memaksa atau mengugut sesiapapun.

Pihak ADC Driving Institute (Cawangan Inanam) mohon pihak admin 1 Suara Sabah untuk memperbetulkan kenyataan tersebut dan memohon maaf atas tindakan yang memberikan imej negatif terhadap pihak ADC Driving Institute. Satu laporan Polis akan dibuat terhadap Page 1 Suara Sabah jikalau tidak ada  "Permohonan Maaf " secara rasmi diterima oleh pihak Pengurusan ADC Driving Institute daripada pihak admin 1 Suara Sabah. Tempoh masa diberikan ialah sehingga jam 5pm (3/2/2013). 

Harap Maklum.


1 comment: